Monday, July 26, 2010

Blues sakit mata

Hihihi...today, after almost 3 weeks aku cuti dan mc gara-gara sakit mata, aku kembali bertugas. Adusss, masuk keje aje dah kena attend meeting pagi-pagi buta. Aiseh, nak wat camner bak kata mantan bos aku, Tuan Hafisol, dah jadi bos kena la belajar hadap "orang-orang kat atas" tuh..

Teringat plak lak minggu-minggu aku sakit mata, dah la hubby tercinta pun kena and anak dara kesayanganku menyusul selepas tu, ditambah plak adik bongsu aku terjangkit gak...Sori dik, burn kelas adik tiga minggu!Seksanya....nak buka mata pun tak leh, dah rasa macam OKU plak.

Tp betullah, sakit mata ni antara ujian yang boleh dikatakan mencabar gak wat aku. Time sakit tu, ada gak la sesekali terdetik hati ni, menyumpah-nyumpah kenapa la aku terpaksa menanggungnya. Alangkah berdosanya diri ini kerana tidak berlapang dada terhadap sakit yang telah diturunkan olehNya. Apatah lagi aku terpaksa melayan karenah putera dan puteriku, adakalanya hilang juga segenggam kesabaran yang aku miliki tu. Tp, bak kata hubby tercinta,maybe aku ni banyak dosa kot kat dia, pasal tu lambat baik n teruk sangat sakit mata aku nih...Well, aku admit la, mmg la aku selalu gak cari pasal ngan husband aku tp sekali sekala saje je nak uji kesabaran dia...hehehe.

Well, time sakit ni la, aku rasa husband aku cukup penyabar dan sanggup layan karenah aku. Dan aku akui , setakat ni la dari muda sampai kawin, dia la satu-satunya lelaki yang betul-betul penyabar dan cukup memahami perangai buruk aku, kihkihkih, kekadang tu tak yah ckp, dia boleh agak perangai buruk apa plak aku nak wat pas ni..

Masa kami sakit mata ni, aku ngan adik sama-sama cari petua-petua nak hilangkan sakit mata nih, so antaranya ramai yang menyarankan untuk letak susu ibu kat dalam mata tuh...ada yang sarankan letak air kencing, yuksss!!! dan ada yang suruh rendam ngan air suam dan macam-macam la petua yang kekadang tu tak masuk akal la yg kami jumpa. So, what happened after that, biarlah aku n adik sahaja (of course la yang Maha Berkuasa Maha Mengetahui) yang tahu..kehkehkeh!!

Lepas ni minta-minta la takde dah lagi anak-anak aku kena penyakit berjangkit sbb yang parahnya aku la!! Cuti mmg la banyak lagi berbaki, tahun ni tak guna lagi, tp kerja-kerja kat ofis terbengkalai tu yang tension tuh. Tahun lepas, si wardah, anak sulung aku kena chicken pox, aku pun berjangkit, tiga minggu mc, adusss...


1 comment:

  1. ish2 sedihnyer.. ooo tulah masib baik dapat husband penyabar macam abg azir... erm nampak gayanye wardah pun nak kawen nanti kena cari lelaki penyabar macam abahnyer sebab perangai dia macam kakma jugak..kui kui..

    ReplyDelete