Monday, March 25, 2013

Pergi ke tak?

It's almost 5 pm. Supposedly aku dah packing barang semua bagai n rush to my class. Class starts at 6pm. But today, dalam dilemma nak pergi ke tak. Malasnya!!! Korang mesti ada gak penyakit cam aku ni kan? Sape yang tak pernah ada perasaan malas ke kelas nih. Lagilah bagi budak Master  part timer cam aku nih. Kalu dah tersangkut ngan kerja, confirm tak terlarat nak pergi kelas nyer.

Apa-apa hal, solat Asar jap, baru aku fikirkan nak pergi ke kelas ke tak.

Wednesday, March 20, 2013

1Million Women Purple Walk

IMillion Women Purple Walk Day! That was the worst and un-organised activity ever been handled by government (servants). The activity was actually meant for everybody's benefit tp Ya ALLAH, orang yang mengelolakan ni kalau aku nak bagi markah antara 0-10, aku bagi -10! Teruk giler. Dan la sekretariat tak wat announcement pasal bila nak mula and makanan membazir sbb tak tahu kat mana nak amik. Me and hubby were at Dataran Putrajaya since 7 a.m, cam orang bodoh terpacak kat situ, sorg pun urusetia takde tunjuk muka, memalukan aku sebagai penjawat awam aje dengan perangai diorg ni!!
 
 Bukan saje nak cari pasal tetapi as a government servant aku pun turut rasa malu dengan sikap diorg  yang handle projek ni which of course penjawat awam seperti aku juga. This is a mega project, you invited almost everbody dari pelusuk negeri di Malaysia. Why I'm saying this is because masa kat Dataran Putrajaya, me n hubby sambil tengah melepak saw a group of makciks from Kelantan duduk kat sini clueless, tak tau nak buat apa. Diorg sanggup datang dari Kelantan bertolak malam sebelum dan akan balik semula selepas program habis. But for what??


Me n hubby were there just for a while. Malas nak lepak lama2, wat sakit hati aje. Ada la terperasan dua tiga org sekretariatnya tp masing-masing sibuk berposing ala-ala ratu cantik la kononnya. On our way back to our car which means that kami kena patah balik dari POJ ke Dataran Putrajaya,we saw few makciks were sitting kat tepi-tepi jalan, ingatkan saje lepak, but in turned out to be makcik-makcik tu penat berjalan , orang dah berusia so berehat sebentar sementara nak teruskan perjalanan ke arah POJ, and nobody, none of the sekretariat care about them, sorang pun tak tunjuk muka. Kesian kat diorg which  datang for nothing.


Kalu setakat nak cari glamour, tak payahlah anjurkan aktiviti camni, menganiaya orang aje.Kalu dilihat dari sudut positif, aktiviti ni kalu betul-betul organised banyak faedahnya. Boleh make new friends, berjalan kaki  tu sendiri is good for your health, tp tu la, tak kena caranya.

So, oleh kerana terlalu bosan dan sakit hati, me n hubby went to Bangi and had our brunch at Bangi Kopitiam. Aku belasah Bihun Tomyam, Popia Mini and a glass of Ice Lemon Tea dek kerana terlalu lapar dan marah...

Tuesday, March 5, 2013

Drop ke proceed?

Hehehe! Tengok tajuk kat atas mesti ada yang wonder apa la plak masalah aku kali ni. Arini first day aku attend kelas Law of the Sea  (LoS) , perghh penangan subjek jgn cakaplah, cam budak first year, tak tau apa-apa. Sepanjang lecturer mengajar, aku memang blank abis. Subjek ni menarik tapi aku takde basic Public International Law, so agak payah ler aku nak memahaminya. At that point of time, aku nekad nak drop paper ni, lantaklah. Aku memang lost!! Rasa nak menitik airmata pun ada. Benci dengan diri sendiri sebab tak boleh nak catch up subjek ni!!!!

But then aku terpikir, last semester aku amik Islamic Finance, aku langsung takde basic n the worst part kelas tu most of the studentsnya dari USIM yg fresh graduated. For the whole semester aku betul2 tercabar ngan diorg sbb diorg memang pandai la, bak kata omputih, knowledge at their fingertips. Aku plak, rasa nak terjun bangunan aje sbb memang tak tau langsung pasal subjek tu. Tapi bila final, alhamdulillah aku dapat gak score A(last semeseter aku dapat  4.0 ok!-saje nak riak sket)

Aku mula google kat internet cari info pasal subjek LoS ni. Rasa aku cam boleh aje proceed tp kena ada full determination la n korbankan masa aku la kot. Kalu aku betul2 nak amik subjek ni, syarat untuk sendiri
a) Lebihkan masa untuk study subjek ni;
b) Kelas tak leh ponteng (huhuhu); dan
c) Kena wat further reserach atau dalam kate lain kena one step ahead dari kawan2 (mampu ke).

Syarat ketiga tu cam susah sket sebab aku ni jenis rileks aje. Zaman Diploma n Degree dulu aku mana ada study giler2 cam orang lain, tp alhamdulillah result tetap gempak!(riak lagi sekali). Takkan la wat Master ni aku kena study giler2! Gila aku dibuatnya. Lagi la wat part time. Bila kala aku nak spend masa ngan family,keje kat opis lagi. 

Nak amik ke nak drop subjek ni? Kalau drop, nak ganti ngan subjek apa? Gender? International Development Law? Labour law? Arghhhhh!!Kusut!kusut! Wat istikharah la gamaknya. Minta Allah permudahkan jalan untuk aku wat pilihan. Ya Allah, bantulah aku dalam membuat pilihan, Amin Ya Rabbal A'lamin.