Friday, April 19, 2013

Cambodia: What an adventure!! -Part 2

Okey, sambung balik la kisah aku n Cambodia. 2nd day kat sana ( 05 April 2013)  kami nekad untuk tukar guesthouse. So, kami pun tukar ke sebuah guesthouse yg bukan muslim, Bueng Meas Guest House, but at least bersih sikit dan selesa la berbanding first one. Harga untuk satu malam still sama USD15 pernite. PAling syok tu, bilik kami terletak kat tepi sekali so, view pun menarik skt. From our room kami boleh tengok masjid yg dalam proses pembinaan.
 
After had our breakfast, we all went to Toul Tom Poung Market or normally known as The Russian Market. Nak kata menarik, takde la  semenarik cam pasar kat Tanah Abang, Jakarta. T-shirtnya  di sini tak berkualiti sangat. Tp apa yang menarik adalah batu permata. Berpinau bijik mata acik oiii!Tp nak beli, tak cukup duit,paling murah pun dalam USD60. So, aku memang tak beli apa sangat, except t-shirt untuk anak dan suami, keychain dan fridge magnet. Satu sebab bajet ciput aje, satu lagi sbb tak berkenan. Diorg pun ada jual sutera Cambodia, but...aku tak minat. So, aku lebih banyak menemai kengkawan shopping dan tolong bargain untuk diorg.
 
After that, sebelah petang kami pi Genocide Museum. Ia merupakan bekas tapak sekolah semasa zaman Pol Pot dulu yang digunakan sebagai penjara atau markas untuk interrogate org aka menyiksa dan mendera bagi mendapatkan maklumat. For your information, orang-orang Cambodia yang ditangkap ni boleh dikatakan pelbagai. Takde isu etnik atau agama timbul, sama rata je kena dera sama ada orang tu Islam tak Islam. Aku memang tak amik la gambar-gambar dalam tempat penyiksaan tu, seram la plak. Tp seriously memang menyayat hati especially bila ditunjukkan gambar kanak-kanak didera. Nak tido malam pun tangan diorg diikat kebelakang dan tidur ramai-ramai. Sayunya hati bila tengok budak-budak umur 8-9 tahun kena belasah ngan depa ni semua. Kejam!! Tapi mostly adult yang ditangkap adalah educated people. Ada yang jadi lawyer, Engineer, Doktor, cikgu jgn ckplah, memnag ramai.
 
Hari tersebut hari yang amat memenatkan tp we really enjoy it!!
Ni la first guesthouse yg kami menginap

ni guesthouse yg kami inap rest of the days la, ok la


Pemandangan dari guesthouse. Bangunan dalam pembinaan tu merupakan masjid. Yg bangunan kecik kaler biru tu adalah masjid sementara diorang.

Pemandangan dari guesthouse

Another pemandangan

Ni la biliknya

Bangunan putih tu adalah railway station

Sorry gambar kecik tp yg pakai t-shirt putih tu sebenarnya diorg tengah berpiket

Ni la Russian Market tu


Tu dia...batu permata!

Barangan yg dijual di pasar

Kain sutera n lukisan antara benda yg famous dijual kat sana

Hasil "tuaian" kami

Syaza n fatin, muka penat.

Melepak kat gerai sementara menanti van sampai

Telur dadar!!!Makanan paling best bg kami

Roommates 301

Kat Genocide Museum



Dalam gambar tak clear but actually ada pagar kawat sampai tingkat atas diletakkan bagi mengelakkan banduan terjun bunuh diri. Sekiranya banduan berjaya terjun dan bunuh diri, ia dianggap satu kegagalan diorg dan tentera yang menjaga banduan masa tu akan dibunuh.

Kat belakang tu adalah perkuburan mangsa-mangsa kekejaman Pol Pot


Fatin yg kepenatan

Keledek bakar, pisang bakar, n ubi kayu yang dihancurkan dan buat bulat n bakar


Nampak menarik tp kami tak makan la
 

Cambodia: What an adventure!! -Part 1

Last week from  4-7 April 2013, I went to Cambodia for  a study trip for International Law and Third World,Law Faculty, UKM. Being there, aku amat bersyukur kerana lahir di Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia. Betapa susahnya hidup mereka kat sana.
 
Let me story the mory la my experience there...First of all currency diorg kat sana adalah Riel but most of them lagi suka guna USD.
 
My first day there, kami naik flight AirAsia dalam kul 6.40 pg whicn mean aku kena kuar rumah dalam kul 4 pg untuk sampai LCCT. Thanks to mr husband for willingly sending me there awal pagi and terus pegi ofis. Kesian hubby aku, mesti ngantuk. Anyway sampai kat LCTT flight plak delay, ting-tong ting-tong kul 7 lebih baru perbang. Sampai kat sana dalam kul 9 lebih. Oh ya, beza waktu antara Malaysia and  Cambodia is one hour which means kalu waktu Malaysia kul 9.00 pg kat sana baru kul 8.00pg. sampai kat sana waktu tempatan kul 8 lebih, kami dijemput oleh wakil NGO, the SEED and Peace Quest of Sweden, kalu tak silap aku ler namanya. Lupa plak, our mission is to help rural area to develop their economy dikawasan diorg.
 
Sampai aje van tu, kami dihantar ke guesthouse, bahasa melayunya rumah tumpangan which kalu kat Malaysia, aku takkan menginap la (sorry, taste tinggi sket). Nama guest house tu Tasnim Guesthouse. 
 
Komen aku, memang la guesthouse ni khusus untuk muslim, but if you ask me to rate it, i'll give it half star. Service tak best langsung!! Aircond buka full tp macam buka paling minimum, panas wooo!! Kipas plak, berpusing arini, esok belum tentu habis satu pusingan, lembap giler!! Pastu yg paling tak best, dalam bilik tu ada rak fail-fail management and finance diorang. Apa hal letak kat situ la kan..Memang tak best. guesthouse ni juga ada sediakan restoran which makanan dia bila masuk mulut aje sang perut terus menolak kerana banyak perasa AJI!! Aku terus berlari naik atas, muntahkan semua, mmg tak leh terima langsung. Tp masa lunch tu we had  a lunch kat Indian halal Restaurant and the food, ok aku boleh terima, and it's nice.
 
Apa yang memenatkan was that, lepas aje check in, terus diorg bawa pergi ke Khmer Youth Center (KYA), an NGO di Phnom Penh. dah la tu, kena wat bengkel dan present. aku dah naik pening dah sbb penat tak habis lagi, ngantuk pun tak hilang dah nak suruh present. But, our first day was really tiring dan aku rasa cam nak balik hari tu gak akibat kepenatan. Anyway layanlah gambar first day aku kat sana!!!.


kenderaan popular kat sane..tut tut

me n fatin menaiki tut tut..mula-mula takut gak sebab open giler, pastu naik syok plak

pemandangan di sana

Another pemandangan.. tengok betapa tandus dan keringnya tanah diorg

yg ni lupa bangunan apa

KYA-Khmer Youth Association

Kat KYA untuk workshop

Yg ni free tau..untuk educate diorg ttg safe sex

the workshop

dlm pejabat KYA