Friday, August 15, 2014

Saya sokong produk bumiputera, tapi...

Hmmm...camner nk mula ek.

Hari ni saya dan officemates dengan semangat berkobar-kobar pergi la kuar makan kat kiosk Ramly Burger sebagai tanda protes produk Israel (saya ni peminat tegar McDonalds) dan menyokong produk tempatan. So kami keluar menuju ke destinasi berama-ramai. Dah la tempatnya agak tersorok, bila pakai waze pun tersalah jalan. Sampai di sana, tempat parking kereta tak disediakan so pandai-pandai la kami ni parking kat kawasan loading bay kilang Ramly. (kebetulan time tu orang solat Jumaat).

So bila kami tiba je kat kiosk tu...keceriaan kami agak terganggu. Kami tengok ramai org tengah menunggu kat meja masing -masing ngan muka ketat. Masuk je kat dlm tu hati rasa nak patah balik. Rasa macam kat kedai frozen je. Barang2 kering dan ada banyak chiller yang menempatkan makanan sejuk beku jenama Ramly.
My officemates

Mcm makan kat kilang


Well, bukan tu saje, kaunter untuk order hanya satu sahaja and the same person amik order dan the same person wat kerja. Yg minah dua kat situ mmg SLOW. Just imagine, time tu la nak basuh telur, time tu la nak cuci sinki. Pastu nak goreng burger kat situ la dan bla..bla..dalam erti kata lain terlalu SLOW!!

Masa kami tengah queue, tiba2 datang la seorang pakcik ni ngan anak dia (rasanya amik anak dari sekolah kot) pergi ke kaunter. Sebelum tu  aku dah perasan muka pakcik tu ketat giler kat meja dia duduk tu. Bila dia ke kaunter, dia campakkan tp takde la menghentak, cuma pakcik tu dengan nada yang tinggi tapi still bersopan ckp kat budak kaunter tu, ' takpe la dik, saya cancel order. dah setengah jam saya tunggu, tak siap-siap, Saya no.4 tp kenapa orang selepas saya dah siap?" Kami semua terdiam. Pakcik tu terus heret anak dia dan tak ambil semula duit yang dia dah bayar sebelum ni. Pastu yang tak bestnya, budak kat kaunter tu depan kitaorg siap membebel kat pakcik tu sambil cakap pakcik tu tak nak cuba memahami masalah diorg. For me, budak tu kira cukup baik dah tak kena maki hamun ngan pakcik tu. Pakcik tu bagi aku dah cukup bertoleransi dah  iye la dia pun nak pergi solat Jumaat and worst part org selepas dia dah dapat dulu ordernya. Kalu aku pun bengang!!
Ni la pakcik yang bercermin mata ngan anak lelaki dia, muka mmg kelat dah


Then, Turn kami menunggu. Sekali budak lelaki tu ckp, " tunggu eh jap kak" then blah ke mana ntah. Kami tunggu. Then bila dia balik ingat nak amik order kami, but nooo.....tak amik. Tak tau dia wat apa. Dok buka tu, buka ni, pergi amik barang kat chiller, ke sana ke mari. Yg minah dua orang tu pun SLOW lagi...Skali budak tu ckp, " akak, kalu nak cepat, akak beli yang kat dalam cermin tu la." So, kami yang kelaparan ni, order je la apa yang ada kat situ. Badan dah menggigil kelaparan. Time nak bayar..SLOW lagi. Sibuk nak pergi amik tray la. Aku terus ckp adik kira je biar akak letak sendiri dalam dulang ni. Tp still nak key in pun SLOW!!!

Kami makan dengan hati yang panas. Tiga orang lagi kawan kami yang order terpaksa tunggu. Muka masing-masing memang jangan cakaplah. Sambil makan, aku cakap kat diorang aku nak wat review skit kat blog aku n my friend nak komen kat FB dia. Rasakan....


Menggigil time ni, makan pun main telah je sbb dah lmbt nk masuk ofis





Ni set yang aku order, murah la harganya RM7.70 sahaja dan sedap, yang failnya adalah servis diorg

Kami bukan nak memalukan bangsa sendiri kalu itu yang korang rasakan. But, kami kecewa. Apalah gunanya pengguna seperti kami yang bersunggu-sungguh menyokong produk tempatan tapi empunya badan tak nak berusaha untuk berubah. Alasan diorg, kami takut sekarang je orang datang makan kat sini, but bila isu di Gaza selesai, takde sapa pun akan datang ke sini. Come on man, this is the time you all, pengeluar produk tempatan untuk grab peluang ni. Once you berjaya menempatkan diri di Malaysia, orang akan lupa McDonald, KFC etc..Tp kalu macam ni gayanya...kalu sekarang korang tanya aku nak pergi tak lagi ke kiosk Ramly, my answer would definitely NO!!! 

But then, bila aku balik rumah and told my husband about this, senang je jawapan dia..."itu kan kiosk, what do you guys expect? All this while mana ada orang nak pergi makan kat situ. Suddenly becoz isu Gaza ni, n boikot memboikot ni, orang semua serbu kiosk Ramly, diorg pun terkejut!" Well, he has a point there. But, still for me, betul, itu hanya la kiosk. But, this the right time if they want to change. Please, Ramly is a big name di Malaysia. No doubt all this while aku  n others makan McDonald but kalu Ramly berjaya membuatkan kami lupa pada Mcdonalds, itu satu kejayaan besar. I'm waiting for that moment.
Sos  dah hbs tak tambah pun wven diorg nmpk aku dok tekan2 bnak bg kuar

Harganya mmg murah dan rasanya mmg sedap tp servis SLOW!!

Ramly tak boikot produk Israel yea..hehehe

Mamat ni selamat la menjadi penunggu..

Kaunter jualan untuk barangan..not attended

Ramly should do something la..

Tuesday, June 24, 2014

Bye bye BPP


 Rasanya lama gak aku tak post apa2 kat sini. Cam biasa busy. Sekarang ni aku dah bertukar ke kl. My new office di Kementerian Kerja Raya. Am I happy working here? Ntah la. Nature kerja mmg best but part yang aku tak suka is that aku still kena pergi court. Kat sini lagi la kena wat full trial. Kadang-kadang tak faham ramai je org lain yang boleh pergi court tp aku yang jadi "the chosen one". Please la, almost nine years  kot aku pergi court. Bagi la org lain plak. Letih beb!

Rindu plak ngan kawan dan staf kat opis lama. Diorg memang best. Marah, naik hangin ngan diorg biasa la. Gaduh2 manja bak kata org. Kat sini staf pun ok, cuma rasa sunyi sbb diorg tak berani wat bising2, nanti bos marah. Suasana kat sini..macam tanah perkuburan daaa.

Anyway, sebab tak tau nak citer apa, aku post je la gambar2 dari ofis lama untuk tatapan semua.

Farewell aku n Farid
Syima
gonna miss this two girls
Kak Jun n Haris
With my officers (PUU n PPUU)
Sambutan Birthday budak2 ofis
Fatin



Our big family...missed them already..

Friday, April 11, 2014

Coretan 2014

Assalamualaikum untuk semua,

Rasanya untuk tahun 2014 ni this is my first post,alasan biasa.. bz. Actually takdelah bz sesangat but sometimes ada je nak post something especially bila time bengang kan, tp bila memikirkan akibat yang mendatang so  ku batalkan niat tu.
 
First quarter 2014 ni banyak isu-isu negara yang dibincangkan di dalam media massa  dan internet. Among others berkenaan episod-episod pilihanraya kecil Kajang and Balingian, isu catuan air yang tak habis-habis lagi till isu yang masih hangat diperkatakan..insiden MH370. Sehingga artikel ini dikeluarkan there are still no signs of debris atau petanda-petanda  kapal terbang berkenaan. Though they are not my family, but they are human beings and I do feel sorry for their family and relatives.
 
My family? Alhamdulillah sihat. Kakak dah pun masuk standard one. Abang dan adik plak masing-masing tadika. Except for myself, dan sebulan batuk, semalam pergi klinik tetiba Dr suruh wat test kot2 kena tibi. But the test will take three days which obviously aku tak mampu la nak wat setakat ni. Every week ada kes and outstation, officer tak cukup, kes berlambak-lambak. So terpaksa la berperang ngan En suami sbb I refuse to do the test. Apa lagi, hangin la dia siap call mak dia who was an ex nurse. it's not that I purposely taknak pergi, for me it;s just a normal cough. Kalu dulu kat kampung, batuk berbulan-bulan tu biasa je. My mom pernah cakap berkenaan "batuk 100 hari". Batuk 100 hari ni is when you keep on coughing for 100 days but the next 101 days, batuk you tiba-tiba berhenti. Hihihi, lawak kan?
 
Talking abaout my kids, semalam nyaris-nyaris nak gugur jantung aku n my husband. It was 7 pm and my sister called me dan maklmkan Wardah (Kakak) tak balik lagi dari sekolah agama. Aku dah panik, maklumlah paling lewat pun dia balik dalam 6.30 tu pun once in a while. So I asked my husband call ustaz but dia ckp ustaz tak picked up call dia. Kami berdua rushed balik ke rumah and it's almost 7.20 and my sister ckp kakak tak balik lagi. I started to cry  and try to think positive but can't. Mula la terbayang benda-benda tak elok. Dah dekat nak smpai rumah tu my sister called kakak baru sampai. It is such a relief. My husband tak puas hati so we went to that sekolah agama n my husband tanya diaorg. Rupa-rupanya van tu pergi amik budak sekolah petang then tayar van pancit. Kul 7lebih baru [picked budak sekolah agama and my daughter. Aduyai..rasa nak marahnya la. And then just now my sister called the same van tak datang  untuk jemput dia ke sekolah. When my husband called, rupa-rupanya van rosak and tak boleh amik budak. Nak marah lagi. Tak boleh ke cakap awal2 or call parents? When I spoke to my daughter , she was crying sebab sedih tak dapat pergi sekolah. Then, baru aku realise, bila anak2 dah mula bersekolah, there so many people yang aku compromise but must of the time dealt by my husband. Aku ni panas baran, karang kan kena maki hamun je diorg ni. Aritu ngan cikgu sekolah dia pun aku dah nak naik darah seb bail husband aku yang slow talk ngan cikgu dia.
 
Okeylah tu je la coretan kali ni,tetiba ada benda urgent nak kena attend.