Hmmm...camner nk mula ek.
Hari ni saya dan officemates dengan semangat berkobar-kobar pergi la kuar makan kat kiosk Ramly Burger sebagai tanda protes produk Israel (saya ni peminat tegar McDonalds) dan menyokong produk tempatan. So kami keluar menuju ke destinasi berama-ramai. Dah la tempatnya agak tersorok, bila pakai waze pun tersalah jalan. Sampai di sana, tempat parking kereta tak disediakan so pandai-pandai la kami ni parking kat kawasan loading bay kilang Ramly. (kebetulan time tu orang solat Jumaat).
So bila kami tiba je kat kiosk tu...keceriaan kami agak terganggu. Kami tengok ramai org tengah menunggu kat meja masing -masing ngan muka ketat. Masuk je kat dlm tu hati rasa nak patah balik. Rasa macam kat kedai frozen je. Barang2 kering dan ada banyak chiller yang menempatkan makanan sejuk beku jenama Ramly.
 |
| My officemates |
 |
| Mcm makan kat kilang |
Well, bukan tu saje, kaunter untuk order hanya satu sahaja and the same person amik order dan the same person wat kerja. Yg minah dua kat situ mmg SLOW. Just imagine, time tu la nak basuh telur, time tu la nak cuci sinki. Pastu nak goreng burger kat situ la dan bla..bla..dalam erti kata lain terlalu SLOW!!
Masa kami tengah queue, tiba2 datang la seorang pakcik ni ngan anak dia (rasanya amik anak dari sekolah kot) pergi ke kaunter. Sebelum tu aku dah perasan muka pakcik tu ketat giler kat meja dia duduk tu. Bila dia ke kaunter, dia campakkan tp takde la menghentak, cuma pakcik tu dengan nada yang tinggi tapi still bersopan ckp kat budak kaunter tu, ' takpe la dik, saya cancel order. dah setengah jam saya tunggu, tak siap-siap, Saya no.4 tp kenapa orang selepas saya dah siap?" Kami semua terdiam. Pakcik tu terus heret anak dia dan tak ambil semula duit yang dia dah bayar sebelum ni. Pastu yang tak bestnya, budak kat kaunter tu depan kitaorg siap membebel kat pakcik tu sambil cakap pakcik tu tak nak cuba memahami masalah diorg. For me, budak tu kira cukup baik dah tak kena maki hamun ngan pakcik tu. Pakcik tu bagi aku dah cukup bertoleransi dah iye la dia pun nak pergi solat Jumaat and worst part org selepas dia dah dapat dulu ordernya. Kalu aku pun bengang!!
 |
| Ni la pakcik yang bercermin mata ngan anak lelaki dia, muka mmg kelat dah |
Then, Turn kami menunggu. Sekali budak lelaki tu ckp, " tunggu eh jap kak" then blah ke mana ntah. Kami tunggu. Then bila dia balik ingat nak amik order kami, but nooo.....tak amik. Tak tau dia wat apa. Dok buka tu, buka ni, pergi amik barang kat chiller, ke sana ke mari. Yg minah dua orang tu pun SLOW lagi...Skali budak tu ckp, " akak, kalu nak cepat, akak beli yang kat dalam cermin tu la." So, kami yang kelaparan ni, order je la apa yang ada kat situ. Badan dah menggigil kelaparan. Time nak bayar..SLOW lagi. Sibuk nak pergi amik tray la. Aku terus ckp adik kira je biar akak letak sendiri dalam dulang ni. Tp still nak key in pun SLOW!!!
Kami makan dengan hati yang panas. Tiga orang lagi kawan kami yang order terpaksa tunggu. Muka masing-masing memang jangan cakaplah. Sambil makan, aku cakap kat diorang aku nak wat review skit kat blog aku n my friend nak komen kat FB dia. Rasakan....
 |
| Menggigil time ni, makan pun main telah je sbb dah lmbt nk masuk ofis |
 |
| Ni set yang aku order, murah la harganya RM7.70 sahaja dan sedap, yang failnya adalah servis diorg |
Kami bukan nak memalukan bangsa sendiri kalu itu yang korang rasakan. But, kami kecewa. Apalah gunanya pengguna seperti kami yang bersunggu-sungguh menyokong produk tempatan tapi empunya badan tak nak berusaha untuk berubah. Alasan diorg, kami takut sekarang je orang datang makan kat sini, but bila isu di Gaza selesai, takde sapa pun akan datang ke sini. Come on man, this is the time you all, pengeluar produk tempatan untuk grab peluang ni. Once you berjaya menempatkan diri di Malaysia, orang akan lupa McDonald, KFC etc..Tp kalu macam ni gayanya...kalu sekarang korang tanya aku nak pergi tak lagi ke kiosk Ramly, my answer would definitely NO!!!
But then, bila aku balik rumah and told my husband about this, senang je jawapan dia..."itu kan kiosk, what do you guys expect? All this while mana ada orang nak pergi makan kat situ. Suddenly becoz isu Gaza ni, n boikot memboikot ni, orang semua serbu kiosk Ramly, diorg pun terkejut!" Well, he has a point there. But, still for me, betul, itu hanya la kiosk. But, this the right time if they want to change. Please, Ramly is a big name di Malaysia. No doubt all this while aku n others makan McDonald but kalu Ramly berjaya membuatkan kami lupa pada Mcdonalds, itu satu kejayaan besar. I'm waiting for that moment.
 |
| Sos dah hbs tak tambah pun wven diorg nmpk aku dok tekan2 bnak bg kuar |
 |
| Harganya mmg murah dan rasanya mmg sedap tp servis SLOW!! |
 |
| Ramly tak boikot produk Israel yea..hehehe |
 |
| Mamat ni selamat la menjadi penunggu.. |
 |
| Kaunter jualan untuk barangan..not attended |
 |
| Ramly should do something la.. |
|
|
No comments:
Post a Comment